
DI suatu majlis hari raya di sebuah kedutaan Malaysia,kelihatan juadah yang ada sungguh menarik minat hadirin yang tiba. Pelbagai juadah disediakan di atas meja hidangan. Ketupat, bergedil, satay, ayam , sup, kuah kacang, buah-buahan , kek-kek lapis, kuih muih.
Di satu penjuru majlis itu, dua orang pemuda rancak berborak, kemesraan jelas terpancar dari reaksi mereka. Sambil itu seorang lagi pemuda berjalan mendekati mereka sambil membawa sepinggan juadah yang dipenuhi dengan kuih muih dan kek.
“haa, korang, cuba rasa apa yang aku bawa ni. Bagitau aku mana yang sedap” ujar pemuda yang membawa hidangan.
Dua orang tadi mula merasa satu persatu hidangan yang dibawa.
“wah, kek ni sedap betul. ” ujar pemuda pertama.
‘haah la, sedap betul. kau tahu siapa buat ni? ‘ pemuda kedua bertanya sambil mulutnya masih mengunyah kek yang masih berbaki dalam mulutnya.
“‘entah, aku pun tak tahu. Apsal kau nak tahu siapa buat. Makan je”‘ ujar pemuda yang membawa hidangan.
“erm…nak tahu la, mesti dia masak pandai , bila masak pandai , boleh buat jadi isteri.” laju sahaja jawapan dari pemuda kedua.
‘eh kau ni, ke situ la pulak. Sebenarnya ,bukan kerja isteri untuk memasak semuanya. Kerja dia hanya menggembirakan kita je. Kita sepatutnya buat kerja-kerja tu. Kita yang perlu bagi makan isteri. Kau ingat tak cerita saidina umar yang hanya senyap ketika dibebelkan oleh isterinya satu hari. dan kemudian ada seorang lelaki bertanya padanya yang juga ada masalah yang sama. Kau tau apa saidina umar jawab?’
“tak” serentak kedua-dua rakannya menjawab.
’saidina umar senyap sebab dia berterima kasih dengan isterinya. Dia kata, isterinya sudah buat semuanya untuk dia. Mendidik anak-anak, membersihkan rumah, memasakkan untuknya dan segala yang berkaitan rumahnya , isterinya yang uruskan sedangkan semua itu bukan kerja isterinya yang patut buat tetapi dirinya. Dia senyap tanda menghargai isterinya sudah buat segalanya yang bukan menjadi tanggungjawab isterinya tetapi dirinya, apa salahnya dia hanya berdiam diri tanda dia menghargai pengorbanan yang telah isterinya lakukan.Biarlah isteriku bersuara. Dia hanya meluahkan keletihannya menguruskan diriku, anak-anakku… Maka, layakkah aku memarahinya mahupun menghentikan suaranya?
Haa, ingat, kalau isteri korang nanti memasak tu, adalah satu bonus untuk korang. ‘ teguran ikhlas dari pemuda pertama buat rakan-rakannya walaupun dia sendiri masih tidak punya isteri.
“wah, beratnya macam tu perkahwinan ni ek?…”
‘yup, sebab tu takleh main-main. Itu hanya satu bahagian.’
“kalau macam tu, aku malas la nak kahwin. Semua benda kita kena buat.”
‘Haih kau ni, macam tu pulak. Jangan macam tu, perkahwinan ni dia mencukupkan agama pada diri kita. Hanya tinggal taqwa je perlu ditambah baikkan jika kita sudah berkahwin nanti. Maka akan terpenuhlah agama yang ada pada diri kita. Nabi kita pun berkahwin, takkan ktia yang mengaku ummat pada Nabi tidak mahu mengikut sunnahnya?’
“hmm..ok..kalau macam tu, banyak la ye kena buat persediaan dari sekarang. Tak boleh mengharap sangat pada isteri buat kerja-kerja rumah, kalau dapat yang macam tu, dikira bonus untuk diri. Terima kasih sebab membetulkan cara pandang aku pada perkahwinan. Aku dulu pandang sinis pada perempuan yang tak tahu memasak,tapi sekarang aku yang rasa malu sebab tak reti masak. kahkahkah.”
Mereka semua ketawa sambil terus menikmati jaudah yang terhidang.

No comments:
Post a Comment