Sunday, November 9, 2008

Dreams within us..




We all have dreams.. we all want to believe deep down in our souls that we have a special gift, that can we make a difference, that we can touch others in special way, and that we can make the world a better place. At one time in our lives, we all had a vision for the quality of life that we desire and deserve. Yet, for many of us, those dreams have become so shrouded in the frustrations and routines of daily life that we no longer even make an effort to accomplish them. For far too many, the dream has dissipated- and with it, so has the will to shape our destinies. Many have lost that sense of certainly that creates the winner’s edge. My life’s quest has been to restore the dream and to make it real, to get each of us remember and use the unlimited power that lies sleeping within us all.

“wanting to win are common to all, but working to win are the real champion..”-PAT RILEY (NBA ‘coach of the decade)

Monday, November 3, 2008

Malaysia Halal Chocolate..(~_~)nice





Assalamu'alaikum ... dan Salam sejahtera
Selamat datang kepada semua pengunjung Coklat Halal OnlineShop. Anda pengemar coklat?? Biasa membeli cadbury? Van Houten dan sebagainya?? Kami dari Tasneem Enterprise menawarkan coklat berkualiti yang sama, tapi dijamin keHALALannya. Kami adalah pengusaha coklat bumiputera Islam yang ingin menawarkan coklat yang bermutu untuk anda semua!!
>>klik logo di bawah untuk ke Official Website..

Photobucket

Sunday, November 2, 2008

Bumi kekayaan hakiki..


Andaikata kita benar-benar dapat meletakkan diri kita secara tepat dalam hidup ini, nescaya hidup ini lebih ringan, lebih tenang , lebih barakah. Sayang , kita kadang tidak cukup waktu untuk mengenal diri sehingga kita merasa lebih dari kenyataan, ataupun kita merasa lebih rendah dari apa yang Allah kurniakan. Inilah hikmah yang ingin kita singkapkan dari kehidupan.

Tanamlah diri kita di dalam tanah kerendahan, kerana setiap suatu yang tumbuh tapi tidak ditanam maka tidak sempurna buahnya. Siapa yang merendah diri Allah akan memuliakannya, sesiapa yang sombong diri Allah akan menghinakannya.

Akar yang menghujam ke dalam tanah membuat pohon kian kukuh tapi pohon yang akarnya jauh dari tanah ketika disiram air, pohon itu bisa jatuh, runtuh. Makin kukuh akar mencengkam tanah, biarlah ianya dihempas badai , diterjang taufan , ditiup angin nescaya ia tidak akan goyah. Begitulah jelasnya orang-orang yang benar-benar menikmati hidup buah dari amal adalah orang-orang yang tawaduk , orang-orang yang rendah hati.

Banyaknya amal tidak bererti selamat. Jika sebelum beramal, tipu dayanya adalah enggan beramal, kalau sebelum beramal tipudayanya adalah niat yang salah.Ingin dipuji amal-amalnya sebagai amal kebaikan.

Ketika sedang beramal , cubaannya ada lagi, iaitu enggan menyempurnakan amalnya. Ingin tidak sempurna.

Ketika selesai beramal, tipudayanya menjadi lebih besar. Iaitu ujub, merasakan diri telah dan paling beramal. Merasa diri lebih dari orang lain amalannya. Semua ini benar-benar mencabar perjuangan.

Kerana itu kita dianjurkan agar tawaduk, betul-betul tanamkan diri di bumi kerendahan hati agar menjadi sempurnya amal-amalnya.


Tuesday, October 28, 2008

Bila pandai masak, boleh buat jadi isteri..


DI suatu majlis hari raya di sebuah kedutaan Malaysia,kelihatan juadah yang ada sungguh menarik minat hadirin yang tiba. Pelbagai juadah disediakan di atas meja hidangan. Ketupat, bergedil, satay, ayam , sup, kuah kacang, buah-buahan , kek-kek lapis, kuih muih.

Di satu penjuru majlis itu, dua orang pemuda rancak berborak, kemesraan jelas terpancar dari reaksi mereka. Sambil itu seorang lagi pemuda berjalan mendekati mereka sambil membawa sepinggan juadah yang dipenuhi dengan kuih muih dan kek.

“haa, korang, cuba rasa apa yang aku bawa ni. Bagitau aku mana yang sedap” ujar pemuda yang membawa hidangan.

Dua orang tadi mula merasa satu persatu hidangan yang dibawa.

“wah, kek ni sedap betul. ” ujar pemuda pertama.

‘haah la, sedap betul. kau tahu siapa buat ni? ‘ pemuda kedua bertanya sambil mulutnya masih mengunyah kek yang masih berbaki dalam mulutnya.

“‘entah, aku pun tak tahu. Apsal kau nak tahu siapa buat. Makan je”‘ ujar pemuda yang membawa hidangan.

“erm…nak tahu la, mesti dia masak pandai , bila masak pandai , boleh buat jadi isteri.” laju sahaja jawapan dari pemuda kedua.

‘eh kau ni, ke situ la pulak. Sebenarnya ,bukan kerja isteri untuk memasak semuanya. Kerja dia hanya menggembirakan kita je. Kita sepatutnya buat kerja-kerja tu. Kita yang perlu bagi makan isteri. Kau ingat tak cerita saidina umar yang hanya senyap ketika dibebelkan oleh isterinya satu hari. dan kemudian ada seorang lelaki bertanya padanya yang juga ada masalah yang sama. Kau tau apa saidina umar jawab?’

“tak” serentak kedua-dua rakannya menjawab.

’saidina umar senyap sebab dia berterima kasih dengan isterinya. Dia kata, isterinya sudah buat semuanya untuk dia. Mendidik anak-anak, membersihkan rumah, memasakkan untuknya dan segala yang berkaitan rumahnya , isterinya yang uruskan sedangkan semua itu bukan kerja isterinya yang patut buat tetapi dirinya. Dia senyap tanda menghargai isterinya sudah buat segalanya yang bukan menjadi tanggungjawab isterinya tetapi dirinya, apa salahnya dia hanya berdiam diri tanda dia menghargai pengorbanan yang telah isterinya lakukan.Biarlah isteriku bersuara. Dia hanya meluahkan keletihannya menguruskan diriku, anak-anakku… Maka, layakkah aku memarahinya mahupun menghentikan suaranya?

Haa, ingat, kalau isteri korang nanti memasak tu, adalah satu bonus untuk korang. ‘ teguran ikhlas dari pemuda pertama buat rakan-rakannya walaupun dia sendiri masih tidak punya isteri.

“wah, beratnya macam tu perkahwinan ni ek?…”

‘yup, sebab tu takleh main-main. Itu hanya satu bahagian.’

“kalau macam tu, aku malas la nak kahwin. Semua benda kita kena buat.”

‘Haih kau ni, macam tu pulak. Jangan macam tu, perkahwinan ni dia mencukupkan agama pada diri kita. Hanya tinggal taqwa je perlu ditambah baikkan jika kita sudah berkahwin nanti. Maka akan terpenuhlah agama yang ada pada diri kita. Nabi kita pun berkahwin, takkan ktia yang mengaku ummat pada Nabi tidak mahu mengikut sunnahnya?’

“hmm..ok..kalau macam tu, banyak la ye kena buat persediaan dari sekarang. Tak boleh mengharap sangat pada isteri buat kerja-kerja rumah, kalau dapat yang macam tu, dikira bonus untuk diri. Terima kasih sebab membetulkan cara pandang aku pada perkahwinan. Aku dulu pandang sinis pada perempuan yang tak tahu memasak,tapi sekarang aku yang rasa malu sebab tak reti masak. kahkahkah.”

Mereka semua ketawa sambil terus menikmati jaudah yang terhidang.

Harapan..



Di sebuah klinik, kelihatan seorang pesakit telah diperiksa oleh seorang doktor. Ketika selesai segala maklumat terperinci diberikan doktor itu kepada pesakitnya, mata si pesakit sedikit bergenang. Ada perasaan terkilan, sedih , gusar segalanya bercampur baur. Doktor sedari tadi, hanya memerhati dan menunggu respon dari pesakitnya yang sudah sekian lama dirawatnya.

Setelah beberapa minit, perasaan si pesakit sudah mulai tenteram, dia mula mendongakkan kepalanya dan melihat doktornya sambil cuba menyusun ayat.

“doktor, mungkin ini bukan berkaitan dengan sakit yang saya lalui. sekadar mahu bertanya, mengapa dalam dunia ni, kadang-kadang kita rasa punya ramai teman, ramai kawan juga sahabat, tetapi mengapa tika kita sakit, seolah-olah kita hanya bersendirian, orang yang kita rasa paling rapat terkadang mengecewakan kita. Saya kadang rasa macam tiada siapa memahami saya. Seolah saya yang bersalah. Perit doktor, perit jiwa saya menanggung. Bilakah sakit saya ni boleh sembuh agar tiada lagi orang menyalahkan saya?” keluhan berat dari jiwa pesakit menunjukkan kegalauan hatinya, resah gelisah sedih.

Doktor cuba memahami keadaan pesakitnya. Dia tahu, ujian paling berat bagi seorang pesakit bukanlah sakit yang ditanggungnya,sakitnya boleh terus dilalui selagi mana ada orang yang terus menyokongnya. Terus bersamanya. tetapi jika sakit yang ditanggung hanya ditanggung seorang tanpa teman yang memahami, itu lebih perit. Doktor seolah hilang kata-kata. Dilihat wajah pesakitnya dengan perasaan kasihan dan simpati, cuba mencari-cari kata-kata yang boleh meningkatkan kembali harapan si pesakit.

“kak, masa ni merupakan masa paling berharga bagi akak. Saya tidak tahu mahu bagaimana berkata. Bagi saya, masa ni Allah sedang menguji kita. Dia mahu kita sedar bahawa tempat pergantungan kita hanya padaNYA. Mungkin ketika kita sihat, kita merasa bahawa teman-teman disekeliling adalah segalanya bagi kita. Allah sedang mahu kembalikan kita padaNYA.

Dia mahu kita betul-betul serah segala pergantungan padanya. Kak, teruskanlah bersabar, insyaallah, satu masa nanti, bila hati kita bulat betul pada Allah, Allah akan beri apa yang sepatutnya pada kita. Ketika ini, dekatkan lagi diri kita pada Allah, apa yang akak buat, ingat Allah sentiasa ada bersama. Allah sahaja harapan kita kak selain dari usaha kita. Dia tempat mengadu, dia tempat kita menyeru, Dia yang Memberi dan dia juga mengambil kembali. Maaf kak, saya tidak tahu mahu kata apa selain ini.”

Si pesakit merasa terpujuk dengan kata-kata doktornya. Memang harga yang terlalu mahal baginya sakit ini, hanya kerana Allah mahu dia kembali padanya. Sungguh dia merasa ianya satu titik pulang pada Allah.

‘takpe takpe doktor.. mungkin salah saya sendiri, hanya mencari manusia untuk meluahkan apa yang terbuku. mungkin sudah tiba masa saya terus menerus lebih banyak mengadu pada Allah , mudah-mudahan hati saya lebih terpujuk.’ sayu suara si pesakit meluahkan apa yang dirasainya.

Alhamdulillah..(all the best)


Sahabat2 yang dikasihi,

Alhamdulillah setelah lama berazam untuk menulis sesuatu kepada para pembaca akhirnya berkesampaian jua. Saya merasakan saya mesti memberi sesuatu kepada para pemuda kerana anda adalah harapan ummah. Sejarah anda wahai pemuda ku adalah sebuah kisah kecemerlangan dan kejayaan. Bukalah kembali lembaran seerah Rasulmu lantas anda akan dapati di sebalik kejayaan Ar-Rasul terdapat kisah indah para pemuda dan pemudi yang telah memberi kehidupan mereka untuk ugama ini. Ali Abi Talib, Sa'ad Abi Waqas, Al- Arqam Abi Arqam, Musa'ab Umair, Asma' binti Abu Bakr, serta ramai lagi para sahabat adalah contoh para pemuda pendukung Islam di awal da'wah Rasul S.A.W. Usamah bin Zaid telah mengepelai rombongan tentera Islam ketika masih belasan tahun lagi. Begitu juga Muhammad Al- Qasim yang menjadi panglima tentera ketika di sekitar 18 tahun usianya.

Begitulah kehebatan para pemuda silam. Lantas mengapa kini tiada lagi kedengaran kehebatan para pemuda Islam? Di manakah anda ketika Ummat Islam Gaza terseksa di dalam kepungan Yahudi? Di manakah anda ketika Iraq terus diperkotak- katikkan oleh Amerika? Di mana anda ketika rakyat Afghanistan terus ditindas? dan di manakah anda ketika pemuda dan pemudi Islam di Malaysia ini terus dilanda masalah sosial yang memualkan?

Pemudaku, saya tidak menyalahkan anda di atas kesemua masalah di atas kerana kita semua adalah produk hasil kejatuhan khilafah Othmaniah yang lalu. Kejatuhan pemerintahan Islam yang terakhir tersebut telah menyebabkan kita berada di dalam kegelapan jahiliah. Sistem pendidikan sekular yang diperkenalkan serta hiburan melampau yang disogokkan kepada ummat ini zaman berzaman telah melahirkan generasi kita hari ini. Hasilnya lahirlah rusa- rusa jinak yang menjadi mainan para musuh ISlam.

Pemudaku banyak lagi yang ingin dperkatakan.. Cukuplah untuk kali ini. Insyaallah kita akan bersama lagi.

Marilah bangun bersama untuk mengembalikan kegemilangan umat ini. Ayuh pemudaku!